Rempah sapu dan kebudayaan Rempah_sapu

Dalam sesetengah budaya, rempah sapu amat sangat peribadi dan kekadang merupakan resipi yang sangat berahsia. Pakar gril di Amerika Syarikat Selatan menjaga rahsia resipi mereka dengan baik dan biasanya mempunyai satu bahan rahsia yang tidak akan didedahkan kepada sesiapa pun.

Dalam sesetengah budaya yang lain, resipi untuk membuat rempah sapu dan bagaimana menggunakannya diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan, dengan setiap keluarge mempunyai resipi yang sedikit berbeza. Akibat kekurangan masa untuk memasak dalam kebanyakan masyarakat yang moden, rempah sapu kini dapat dibeli dari kedai runcit dan kedai gourmet, dengan sesetengah jenama mendapatkan sambutan yang amat baik.